Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Keempatbelas Tahun 2020
Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Keempatbelas Tahun 2020
KOMPLEKS KOTA DARULNAIM – Pada 09 Rabiul Awal 1442H bersamaan 26 Oktober 2020 telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2020 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Tema inovasi bagi tahun 2020 ialah “Pembudayaan Inovasi, Masyarakat Progresif”.
Atucara majlis dimulai dengan ceramah inovasi bertajuk “Inovasi Imaginasi, Persepsi atau Legasi?” yang mana telah disampaikan oleh Encik Mazri bin Mamat, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik, Terengganu. Setelah itu majlis diteruskan dengan majlis penyampaian anugerah-anugerah antaranya ialah Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan, Anugerah Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan, Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan, Anugerah Inovasi Pengurusan Teknologi Maklumat, Anugerah Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam, Penyampaian Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA DIY) Jabatan Negeri Kelantan dan Penyampaian Hadiah Bagi Program Pengiktirafan EKSA Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2019/2020.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YM Dato’ Haji Tengku Azmi bin Tengku Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) mewakili YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan.
https://drive.google.com/file/d/18DHmOpWolAKoBS_WclWXwTKLH48pFP7n/view?usp=sharing
06 Rabiul Awwal 1442/ 23 Oktober 2020 - YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan hadir merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Sambutan Hari Sungai Sedunia peringkat Kebangsaan dengan tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” dalam suasana norma baharu.
Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi penghargaan kepada YB Menteri Alam Sekitar dan Air diatas pemilihan Kelantan sebagai tuan rumah buat julung kalinya.
Dalam ucapan perasmian, Menteri Besar menekankan tiga aspek utama bagi usaha - usaha kelestarian Alam Sekitar merangkumi pembudayaan ilmu dan kesedaran Alam Sekitar, aplikasi dan inovasi teknologi hijau serta pemantapan infrastruktur.
“Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha untuk merancakkan ekonomi negeri dengan pelbagai inisiatif baharu. Namun, kita sedar usaha merancakkan ekonomi harus didasari dengan acuan yang betul termasuk penekanan kepada aspek kelestarian alam sekitar.
Justeru, Kerajaan Negeri Kelantan telah mencetuskan beberapa aktiviti ke arah pembangunan seimbang dan mampan serta berusaha menjadi model pembangunan negeri mesra alam sekitar.”
Majlis perasmian tersebut dimulakan dengan ucapan aluan YB Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang mewakili YB Menteri, turut hadir YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan, YB Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli- ahli Yang Berhormat dan Ketua Setiausaha Kementerian.
25 Oktober 2020 / 08 Rabiul Awal 1442 – YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob menyampaikan Amanat Khas Menteri Besar Kepada Penjawat Awam Sempena Majlis Perasmian 3 Dekad Pentadbiran Membangun Bersama Islam Kerajaan Negeri Kelantan.
Setinggi penghargaan kepada barisan penjawat awam negeri Kelantan diatas sokongan padu dalam melaksanakan dasar Membangun Bersama Islam sepanjang 3 dekad pentadbiran di negeri Kelantan.
Tempat : Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim
Tarikh : 19-20 Safar 1442 Hijrah Bersamaan 7-8 Oktober 2020 (Rabu-Khamis)
Kursus Penyediaan Kerta Siasatan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan telah dihadiri oleh Pegawai Tadbir, Pegawai Undang-undang serta Penolong Pegawai Undang-undang Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan.
Penceramah kursus adalah YBrs. Pengarah Pendakwaan Negeri dan YBrs. Timbalan Pendakwaraya, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan.
Objektif kursus untuk memberi pendedahan kepada peserta berhubung kuasa pendakwaan yang ada di PBT, pendedahan berhubung tugas-tugas serta fungsi-fungsi Pegawai Pendakwa dan Pegawai Penyiasat serta cara-cara penyediaan bagi kertas siasatan sebelum sesuatu tindakaan pendakwaan dibuat.
Tempat : Pejabat YB, Dr. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan
Tarikh : 29 Zulhijjah 1441 Hijrah Bersamaan 19 Ogos 2020 (Rabu)
Majlis angkat sumpah yang diadakan dihadapan YB Dr. Pengerusi Jawantankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan bagi perlantikan YM Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus sebagai Yang Dipertua bagi Majlis Daerah Kuala Krai
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, |
|
Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), |
|
09 748 1957 | |
09 747 7105 | |
portal[at]kelantan.gov.my |