analytic

Previous Next

Perasmian Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Kebangsaan 2020

06 Rabiul Awwal 1442/ 23 Oktober 2020 - YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan hadir merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Sambutan Hari Sungai Sedunia peringkat Kebangsaan dengan tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” dalam suasana norma baharu.

Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi penghargaan kepada YB Menteri Alam Sekitar dan Air diatas pemilihan Kelantan sebagai tuan rumah buat julung kalinya.

Dalam ucapan perasmian, Menteri Besar menekankan tiga aspek utama bagi usaha - usaha kelestarian Alam Sekitar merangkumi pembudayaan ilmu dan kesedaran Alam Sekitar, aplikasi dan inovasi teknologi hijau serta pemantapan infrastruktur.

“Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha untuk merancakkan ekonomi negeri dengan pelbagai inisiatif baharu. Namun, kita sedar usaha merancakkan ekonomi harus didasari dengan acuan yang betul termasuk penekanan kepada aspek kelestarian alam sekitar. 

Justeru, Kerajaan Negeri Kelantan telah mencetuskan beberapa aktiviti ke arah pembangunan seimbang dan mampan serta berusaha menjadi model pembangunan negeri mesra alam sekitar.”

Majlis perasmian tersebut dimulakan dengan ucapan aluan YB Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad yang mewakili YB Menteri, turut hadir YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan, YB Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli- ahli Yang Berhormat dan Ketua Setiausaha Kementerian.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini717
Semalam3004
Minggu ini21307
Bulan ini717
Jumlah411566
9
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 25 November 2024, 03:00:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan