Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan (Portal Kelantan) ialah gerbang tunggal kepada pelbagai maklumat dan perkhidmatan Kerajaan Negeri Kelantan yang disediakan menerusi Internet. Inisiatif kewujudan Portal Kelantan ini dilaksanakan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM). BPTM adalah merupakan sebuah organisasi negeri yang dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan perkhidmatan kerajaan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi yang cekap, berkesan dan berkualiti selain merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat berbudaya ICT di negeri Kelantan.