PERSIDANGAN KALI YANG KEDUA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KETIGA DEWAN NEGERI KELANTAN KEEMPATBELAS TELAH BERLANSUNG PADA 10,11,12, OGOS 2020
PERSIDANGAN KALI YANG KEDUA BAGI TEMPOH PENGGAL YANG KETIGA DEWAN NEGERI KELANTAN KEEMPATBELAS TELAH BERLANSUNG PADA 10,11,12, OGOS 2020
Dijemput Kontraktor Tempatan Kelantan Gred CUDB G3-G7 dan Pembekal Bahan Binaan Tempatan yang berminat untuk mengambil bahagian dalam Projek ECRL di Negeri Kelantan mendaftarkan diri bagi Pra-Kelayakan sebelum atau pada 30 Ogos 2020 di link berikut :
1. Kontraktor Tempatan Kelantan Gred CIDB G3-G7
2. Pembekal Bahan Bnaan Tempatan
3 Ogos 2020/14 zulhijjah 1441 : Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang telah menerima sebuah kapal ronda generasi baru dengan nama rasmi KM Tok Bali di Tok Bali Supply Base (TBSB).
Penempatan KM Tok Bali bertujuan meningkatkan pengawasan dan Penguatkuasaan Undang-Undang, khususnya masalah Pencerobohan Bot Nelayan Asing Vietnam yang merupakan ancaman terbesar di perairan Kelantan. Selain itu, Keselamatan exsplorasi dan eksploitasi perairan Kelantan yang kaya dengan hasil gas asli dan petroleum juga semakin terjamin.
Maritim Negeri Kelantan mempunyai keluasan perairan seluas 27,637 kilometer persegi yang merangkumi Malaysia - Thailand Joint Development Area (JDA) dan Malaysia - Vietnam Commercial Arrangement (CAA).
Kehadiran Kapal Maritim Tok Bali Ke Negeri Kelantan diharapkan dapat meningkatkan motivasi dan semangat kerja warga Maritim Kelantan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara. Turut hadir YB Ust Tuan Saripuddin Tuan Ismail, Exco Kerajaan Negeri, YB ADUN Semerak, Ketua Jajahan Pasir Putih dan Pengarah Maritim Kelantan.
Tempat : Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dan Plaza IMT-GT Bukit Bunga
Tarikh : 06 Zulhijjah 1441H bersamaan 27 Julai 2020 (Ahad)
Lawatan Kerja YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan ke Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dan Plaza IMT-GT Bukit Bunga dengan kerjasama Bank Rakyat Bhd pada pada 06 Zulhijjah 1441H bersamaan 27 Julai 2020
28 Julai 2020 / 07 Zulhijjah 1441 : YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar merasmikan Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Perkarangan Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.
Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dengan Tema “Malaysia Prihatin” merupakan acara tahunan sempena ketibaan bulan kemerdekaan 31 Ogos 2020.
“Apa yang cukup membanggakan, kita dapat menyaksikan kerjasama erat seluruh rakyat Malaysia yang berganding bahu memerangi pandemik COVID-19 yang terdiri daripada pasukan perubatan, pihak keselamatan, penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.
Inilah semangat perpaduan semua yang kita impikan agar Malaysia terus kekal dalam suasana aman dan damai dalam masyarakat yang majmuk. Untuk itu, Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak.”
Selain menyampaikan ucapan perasmian, Menteri Besar turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada Ketua Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan Beruniform, Agensi Swasta, dan kepada wakil pelajar.
Semoga program ini meningkatkan lagi semangat patriotik khususnya di kalangan kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat amnya.
Kompleks Kota Darulnaim, 05 Zulhijjah 1441H bersamaan 26 Julai 2020 telah diadakan Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan Tahun 2019 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim. YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang mana telah dihadiri oleh YBhg. Timbalan Ketua Audit Negara, YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan YABrs. Pengarah Audit Negeri Kelantan serta pegawai-pegawai atasan kerajaan negeri Kelantan.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, |
|
Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), |
|
09 748 1957 | |
09 747 7105 | |
portal[at]kelantan.gov.my |