4 Ogos 2020/15 Zulhijjah 1441 : Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Menyerahkan surat pelantikan kepada ahli- ahli Jawatankuasa Koordinator Kerja Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Negeri Kelantan.
Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh YB. Dato’ Pengerusi JKuasa Kerjaraya, Infrastruktur, pengangkutan dan Utiliti Kelantan, manakala ahli-ahli terdiri daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen), Pejabat Pembangunan Negeri, Bendahari Negeri, JKR Kelantan, Malaysia Rail Link (MRL) serta wakil daripada Chinese Communications Construction Company (CCC).
Semoga Jkuasa ini dapat berfungsi dalam memenuhi objektif sebagai penyelaras dan perantara dalam gerak kerja yang melibatkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi negeri Kelantan.