Bahagian/ Unit | : | Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan | |
Ketua Bahagian/Unit | : | YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal | |
Telefon | : | 7443333 (6122) |
|
Faks | : | 09-7443411 | |
Emel | : | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
LATAR BELAKANG
Penubuhan UPEN
Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan ditubuhkan dalam tahun 1973, ekoran daripada penubuhan Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Perdana Menteri di Peringkat Persekutuan. Penubuhan Unit ini adalah bagi memastikan kecekapan perancangan, pengurusan dan penyediaan pembangunan di peringkat Negeri.
Secara khususnya penubuhan ini adalah untuk mempertingkatkan aktiviti merancang, menilai dan menyelaras program-program pembangunan terutamanya hal-hal berhubung sosio-ekonomi supaya negeri ini mempunyai rancangan teratur dan boleh dilaksanakan dengan sempurna sejajar pelan strategik ini akan mewujudkan hala tuju penting sistem pengurusan UPEN ke arah yang lebih berkesan dan lestari menjelang 2020.
VISI UPEN
"Kearah Unit Perancang Ekonomi Negeri yang unggul menjelang 2020."
MISI UPEN
"Merancang dan menyelaras pembangunan ekonomi negeri Kelantan secara efisyen."
OBJEKTIF UPEN
Merangka dan menyelaras perancangan pembangunan sosia ekonomi negeri berasaskan aspirasi rakyat dan dasar Kerajan bagi mencapai peningkatan taraf sosial ekonomi yang mampan.