IKLAN NOTIS SEBUT HARGA BAGI G1 DAN G2 MAJLIS DAERAH MACHANG BIL.6 TAHUN 2022
1. Adalah dimaklumkan bahawa sesi taklimat Iklan Notis Sebutharga bagi G1 dan G2 secara online akan disiarkan mulai dari 13 Julai 2022, jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari di pautan mdmachang.kelantan.gov.my dan juga dimedia sosial rasmi Majlis Daerah Machang (Facebook).
2. Dokumen sebut harga bagi G1 dan G2 akan dikeluarkan bermula jam 2.00 petang pada 13 Julai 2022 sehingga 19 Julai 2022. Dokumen yang telah lengkap diisi perlu diserahkan sebelum atau pada 19 Julai 2022, jam 12.00 tengah hari.
3. Hanya kontraktor yang menyertai dan mengisi borang sahaja pada sesi taklimat tersebut layak membeli borang sebut harga dalam tempoh iklan bermula 13 Julai 2022, jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.
4. Mana-mana kontraktor yang gagal menyertai taklimat tersebut, borang sebut harga tidak akan dikeluarkan.
Sekian. Terima kasih.
Daripada Jabatan Pembangunan dan Kejuruteraan
Majlis Daerah Machang