Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang di bawah bagi menyertai Sebut Harga Membekal, Memasang Dan Menyusun Perabot Kepada Semua Jabatan Kerajaan Negeri Di Seluruh Kelantan Bagi Tahun 2022
Tarikh Tutup Penyertaan pada 26 Disember 2021 sebelum atau pada 12.00 tengahari
Tawaran yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan
Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi pada waktu pejabat mulai 20.12.2021 hingga 27.12.2021 di Unit Cukai Hiburan, Perbendaharaan Negeri Kelantan, Blok 4, Tingkat 1, Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu dengan menunjukkan SIJIL ASAL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN dalam kod bidang dinyatakan dan SIJIIL TARAF BUMIPUTERA (jika bertaraf Bumiputera) yang dikeluarkan oleh KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dan menyerahkan satu salinan (fotostat) sijil-sijil berkenaan semasa membeli Borang Sebutharga. Borang Sebutharga berharga RM10.00.