Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan sebagai Kontraktor Pembangunan Hutan dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk memasuki tawaran ini bagi melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja berikut:-
BUTIR-BUTIR TAWARAN | AKTIVITI | LUAS | KELAYAKAN | KENYATAAN SEBUTHARGA |
---|---|---|---|---|
SEBUTHARGA NO: JPNK/KN/USKB/SH/16/2021
|
PERKHIDMATAN BAGI MENJALANKAN KERJA-KERJA BANCIAN KAWASAN SIMPANAN DARA (VJR) DI KOMPT. 7B HUTAN SIMPANAN KEKAL TEMANGAN, JAJAHAN KELANTAN TIMUR SELUAS ±90HA |
90HA |
KKM 222104 (Pertanian/ Tanaman/ Ladang/ Taman/Hutan dan Ladang Hutan Atau KKM 222105 (Rawatan Hutan)
|
|
SEBUTHARGA NO: JPNK/KN/USKB/SH/17/2021 |
PERKHIDMATAN BAGI MENJALANKAN KERJA-KERJA BANCIAN KAWASAN HUTAN SIMPANAN DARA (VJR) DI KOMPT. 76 HUTAN SIMPANAN KEKAL CHABANG TONGKAT,JAJAHAN KELANTAN TIMUR SELUAS ±150HA | 150HA |
KKM 222104 (Pertanian/ Tanaman/ Ladang/ Taman/Hutan dan Ladang Hutan Atau KKM 222105 (Rawatan Hutan) |
|
SEBUTHARGA NO: JPNK/KN/USKB/SH/18/2021 |
PERKHIDMATAN BAGI MENJALANKAN KERJA-KERJA BANCIAN HUTAN SIMPANAN DARA (VJR) DI KOMPT. 43 HUTAN SIMPANAN KEKAL ULU TEMIANG, JAJAHAN KELANTAN SELATAN SELUAS ±142HA | 142HA | KKM 222104 (Pertanian/ Tanaman/ Ladang/ Taman/Hutan dan Ladang Hutan Atau KKM 222105 (Rawatan Hutan) |
Tarikh Pelawaan
15 Julai 2021 ( Khamis )
Cara Memohon
- Hanya kontraktor yang mempunyai tempoh pendaftaran yang sah tidak kurang dari dua (2) bulan selepas tarikh tutup sebutharga dibenarkan menyertai sebutharga ini
- Bayaran dokumen sebutharga hendaklah dibuat dalam bentukWang Pos Malaysia atau Draf Bank berpalang di atas berjumlah RM50 di atas nama “PENGARAH PERHUTANAN NEGERI KELANTAN”
- Kontraktor yang ingin membeli Buku Dokumen Sebutharga dikehendaki membawa SIJIL PENDAFTARAN (Asal) dari Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) serta Resit Bayaran Pendaftaran Kontraktor dengan Jabatan mulai tarikh iklan sehingga tamat tempoh sebutharga ini. Salinan Fotostat Sijil Pendaftaran KKM tidak akan diterima. Wakil kontraktor yang menghadiri lawatan tapak hendaklah membawa dan mengemukakan Surat Lantikan Wakil daripada kontraktor yang asal.
- Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta ditulis “NOMBOR SEBUTHARGA ” di sudut sebelah kiri bahagian atas sampul surat tersebut dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang disediakan di :
BAHAGIAN PEMBANGUNAN HUTAN,
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN,
BLOK 5,TINGKAT 1, KOTA DARULNAIM,15503 KOTA BHARU, KELANTAN
Tarikh Tutup Sebutharga
Tawaran Sebutharga hendaklah dihantar sebelum atau pada 29 Julai 2021 (Khamis, jam 12.00 tengahari