analytic

PERUTUSAN ISRAK DAN MIKRAJ 1442 Hijrah / 2021 Masihi

PERUTUSAN ISRAK DAN MIKRAJ 1442 Hijrah / 2021 Masihi
 
‎بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

‎الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَ الْمُرْسَلِيْنَ  وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Firman Allah SWT :

‎سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Al-Isra’ : ayat 1)

Saban tahun kita menyambut kedatangan peristiwa agung Israk dan Mikraj yang terkandung pelbagai hikmah dan pengajaran. Kefarduan Solat merupakan satu anugerah yang paling besar daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnya dalam peristiwa tersebut. Ibadah solat 5 waktu ditetapkan merupakan kunci utama kepada pembentukan iman dan taqwa umat Islam.

Setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukkan
RM0.8 juta bagi program kecemerlangan solat. Program Membina Generasi Solat adalah kesinambungan Sambutan Bulan Sembahyang yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri sejak 3 Dekad  pentadbiran Membangun Bersama Islam. Program Membina Generasi Solat telah mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada rakyat Kelantan yang bermatlamat untuk memastikan pengimarahan lebih 600 buah masjid dan 2 ribu surau di Kelantan terutama kepada generasi muda.

Usaha – usaha ini perlu terus disokong supaya Negeri Kelantan kekal berkat lagi makmur dimana iman dan taqwa ditafsirkan sebagai faktor pendorong kepada terbentuknya akhlak seorang individu yang beramal soleh, pekerja  yang berintegriti dan berkualiti, pemerintah yang adil dan saksama, seterusnya menghindari masalah sosial, mengekang jenayah dan tiada sebarang unsur penyelewengan ataupun rasuah.  

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua rakyat Kelantan agar memastikan ibadah solat sentiasa dijaga dan diambil berat samada dalam ahli keluarga, masyarakat dan pekerja dibawah tanggungjawab kita.

Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar musibah dan ujian akibat penularan wabak Covid-19 dapat dibebaskan daripada kita semua.

Dato’ Bentara Kanan
Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
27 Rejab 1442H / 11 Mac 2021M

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini3277
Semalam3034
Minggu ini13375
Bulan ini88209
Jumlah403634
14
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 25 November 2024, 03:00:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan