Satu Program Karnival Bio Kelantan telah diadakan bermula 11 Mei 2023 hingga 14 Mei 2023 bertempat di Kompleks Islam Darulnaim, Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan yang bertemakan “Bioteknologi Memacu Keterjaminan Makanan” yang diurus setiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan Bersama Kelantan Biotech Corporation. Program tersebut dirasmikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan, Dato’ Menteri Besar Kelantan pada 11 Mei 2023 dan ditutup oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar pada 14 Mei 2023. Pelbagai aktiviti dan pameran dari pelbagai agensi yang berkaitan diadakan sepanjang program berlansung.