Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Karnival Minggu Sains Negara (MSN 2024) Peringkat Negeri Kelantan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 17 dan 18 Ogos 2024 bertempat di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji, Kota Bharu dengan penyertaan sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Universiti, agensi kerajaan serta orang awam yang di urus setia oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. selaku urus setia bersama.
Majlis Penutup Karnival Minggu Sains Negara 2024 telah dirasmikan oleh YB Exco PEndidikan,Pengajian Tinggi,Teknologi Hijau,Digital dan Inovasi , Wan Ruslan bin Wan Ahmad. Karnival ini juga dihadiri YB Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Kamaruzaman Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBhg. Dato' Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, YBhg. Dato' Rosnazli Haji Amin dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, YABrs Puan Noraz Leley Muhamad.