Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya menganjurkan Karnival Robotik dan Inovasi Negeri Kelantan 2024 (K-RINK 2024) di bawah Program Pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) pada 24 dan 25 Jun 2024 bertempat di Dewan Besar, Yayasan Islam Kelantan dengan penyertaan seramai 29 buah sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan yang di urus setia oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan dan Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. selaku urus setia bersama dengan kerjasama rakan kolaborasi strategik Robotics System Enterprise (DRABOT).
K-RINK 2024 yang dianjurkan adalah bertujuan untuk menyemarakkan minat pelajar tentang reka cipta produk inovasi secara fizikal sekaligus mendedahkan mereka dengan pemikiran logik dan sistematik melalui ilmu pengaturcaraan dan pembinaan robot selain memperkukuh keupayaan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kalangan pelajar. Antara lain K-RINK 2024 juga bertindak sebagai platform bagi menonjolkan bakat-bakat baharu dalam kalangan pelajar serta melahirkan modal insan yang inovatif, kreatif, interaktif dan berdaya saing.
Antara pengisian yang disediakan adalah:
1. Pertandingan Robotik
2. Pertandingan Inovasi
3. Pembentangan dan Pameran Inovasi
4. Pemeriksaan Gigi Secara Percuma
Terima kasih.
#MembangunBersamaIslam-KelantanMenerajuiPerubahan
#K-RINK2024 #KarnivalRobotikdanInovasiNegeriKelantan2024
#STEM #TMK