KOTA DARULNAIM, 30 Muharram – 1 dan 2 Safar 1444H bersamaan 28 Ogos – 30 Ogos 2022 telah berlangsungnya Sesi Penilaian bagi Anugerah Inovasi ICT Sektor Awam (AIICT) Negeri Kelantan Tahun 2022 secara telesidang. Program tersebut merupakan acara tahunan bagi menyokong pembudayaan inovasi Kerajaan Negeri Kelantan bagi kategori Anugerah Inovasi ICT Dan Inovasi IR 4.0. Urus Setia bagi AIICT Negeri Kelantan adalah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Pada tahun ini sebanyak 16 projek telah dipertandingkan yang melibatkan 15 jabatan/agensi negeri.
Penilaian AIICT telah dilaksanakan oleh empat (4) orang panel berwibawa yang terdiri daripada YABrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mustafa Man, Pensyarah, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan & Informatik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBrs. Dr. Mohd Kamir Yusof, Pensyarah, Fakulti Informatik & Komputeran, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) (Kampus Tembila), YBrs. Dr. Illy Amalina Ahmad Sabri, Pensyarah, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan & Informatik, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dan YBrs. Puan Siti Hajar binti Alaf Din, Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Komputeran dan Informatik Universiti Malaysia Kelantan,
Senarai projek yang dipertandingkan adalah sebagaimana berikut:
BIL |
NAMA JABATAN |
TAJUK PROJEK/INOVASI |
1. |
Majlis Daerah Dabong This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
INTEGRATION SOURCE TOURISM DABONG (e-EISTD) |
2. |
Majlis Daerah Gua Musang This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
SMART FILE SYSTEM (SFS) |
3. |
Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
PTJPM MOBILE (APLIKASI PTJPM) |
4. |
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Pengurusan Program Pembangunan Sains Dan Teknologi (e-PPST) |
5. |
Perbendaharaan Negeri Kelantan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Helpdesk iSPEKS |
6. |
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Pengurusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Sistem 3P) |
7. |
Yayasan Islam Kelantan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Audit Dashboard YIK |
8. |
Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Puteh ptjpp@kelantan.gov.my |
myNotis |
9. |
Majlis Daerah Jeli This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Myej.PPro |
10. |
Majlis Daerah Jeli This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Myej.DSH |
11 |
Pejabat Tanah Dan Jajahan Machang This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
eTELUS |
12 |
Bahagian Teknologi Maklumat, PKINK This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
Sistem e-Hartanah |
13 |
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Pengurusan Rawatan Perubatan |
14 |
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
|
Sistem Laporan Tahunan (e-LT) |
15 |
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
Sistem Pendaftaran Surat |
16. |
Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
eNilai@Tumpat |
KOTA DARULNAIM, 24-25 Muharam 1444H bersamaan 22 Ogos – 23 Ogos 2022 telah berlangsungnya Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2022 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Program tersebut merupakan acara tahunan bagi menyokong pembudayaan inovasi Kerajaan Negeri Kelantan bagi kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu dan diurusetiakan oleh Bahagian Pengurusan Korporat, Pejabat Setiausahan Kerajaan Negeri Kelantan.
Sebanyak 18 jabatan / agensi telah menyertai Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (KIK Horizon Baharu) Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2022 ini yang melibatkan sebanyak 23 projek yang dipertandingkan di majlis ini.
Pertandingan ini dinilai oleh tiga (3) orang panel iaitu YBrs. Dr. Saifuddin Kumar Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi, YBrs. Puan Siti Nurzaliana Binti Mohd Safari, Bahagian Penyelidikan Pengurusan, Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan YBrs. Encik Md Yatim Bin Ariffin, Pegawai Khidmat Pelanggan Hospital Putrajaya.
Antara jabatan dan projek yang telah dipertandingkan di majlis ini adalah seperti berikut:
BIL |
JABATAN |
KUMPULAN |
PROJEK |
1 |
JABATAN KERJA RAYA (KEJURUTERAAN ELEKTRIK) |
I-KON |
MAINTENANCE CABLE PROTECTOR (M.C.P) |
2 |
JABATAN KERJA RAYA NEGERI KELANTAN |
REV-3 |
CANTILEVER S.U. DRAIN 2.0 |
3 |
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JAJAHAN KOTA BHARU |
KB LEGACY |
SITE VISIT PROCEDUR (S-VIP) |
4 |
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JAJAHAN KUALA KRAI |
KRAINOV |
SPINDLE CASE |
5 |
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JAJAHAN TUMPAT |
E-LIR |
Y24 - BIKE MACHINE |
6 |
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN JAJAHAN PASIR MAS |
AL -KHAIRY 2 |
PAM AIR TANPA ELEKTRIK DAN MINYAK |
7 |
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JAJAHAN PASIR MAS |
GOLD SAND |
SISTEM PENGURUSAN BEKALAN BENCANA YANG KURANG CEKAP DAN BERKESAN |
8 |
RUMAH KANAK2 MINI (JKM) |
KREAVASI |
KADAR PERTUKARAN PAKAIAN KANAK2 YANG TINGGI |
9 |
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JAJAHAN KUALA KRAI |
KRAI INNOVATIVE SQUAD |
KESUKARAN MEMANTAU KEHADIRAN SUKARELAWAN KHIDMAT BANTU DI RUMAH KE RUMAH KLIEN |
10 |
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JAJAHAN TANAH MERAH |
GENTA MERAH |
PENGKOMERSIALAN PRODUK PDK BERASASKAN DAUN GETAH DAN JAHITAN BEG PVC |
11 |
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JAJAHAN JELI |
JELI-RO |
ADVANCE SAFETY RACK (ASR) |
12 |
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT JAJAHAN TUMPAT |
JKM 24 |
KIOSK 2U |
13 |
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN JELI |
CLEOPATRA |
e-3J (JOM JALAN JELI) |
14 |
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN BACHOK |
INO PTJB |
e-STONE |
15 |
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN GUA MUSANG |
GLOBAL IDEA |
E-JHET |
16 |
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN PASIR PUTEH |
EMINENT MANAGEMENT |
MyNOTIS LELONG |
17 |
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN MACHANG |
MACHE MANIS |
e-TELUS |
18 |
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TUMPAT |
SEP INSOLER |
INTEGRETED SOLAR DRYER (INSOLER) |
19 |
MAJLIS PERBANDARAN KOTA BAHRU - BRI |
I-SERVE |
INTELIGENT SERVICE |
20 |
MAJLIS DAERAH BACHOK |
SHISOKA |
SMARTBIN |
21 |
MAJLIS DAERAH PASIR PUTEH |
MILLENIA WHITE SAND |
‘MULTIPURPOSE COMPACTOR’ |
22 |
BAHAGIAN KERAJAAN TEMPATAN |
KAY TEE TRIBES |
MYSURAT |
23 |
YAYASAN ISLAM KELANTAN |
KIK I-YIK |
SISTEM RITEN |
Buletin, 21 Julai 2022, bersamaan 21 Zulhijjah 1443H, bertempat di Pantai Irama Bachok, Bachok Kelantan telah diadakan satu majlis Perasmian Hari Peladang Penternak Negeri Kelantan (HPPNK) 2022 yang dirasmikan oleh Dato’ Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan. Program ini diadakan bermula 21 Julai 2022 sehingga 25 Julai 2022 yang diurusetiakan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan. Pelbagai Agensi Kerajaan lain turut terlibat bagi menjayakan program HPPNK 2022 ini serta pelbagai aktiviti-aktiviti, pertandingan, dan jualan diadakan sepanjang program berlangsung.
Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bertetapan dalam keadaan negara memerlukan rakyat bersatu padu dalam berhadapan cabaran pemulihan COVID-19 untuk memastikan negara kita aman, hormoni sebagai sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02UMGWcgzG9nSXC4oghovY3TQgwjet52RiHegcLJ2bZahurexTsz25e2XmA9G94ZQsl&id=100044215370525
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kesudian bersama-sama rakyat Kelantan pada hari ini.
Rakyat Kelantan menyambut baik gagasan Keluarga Malaysia yang digagaskan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Perdana Menteri.
Rakyat Kelantan juga menyambut baik semangat toleransi yang berasaskan konsep Tasamuh dalam Islam sebagai satu elemen penting untuk mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Saya juga yakin, pendekatan Keluarga Malaysia akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Kelantan merangkumi aspek pembangunan ekonomi, kesejahteraan hidup dan kemakmuran masyarakat.
Ucapan terima kasih kepada semua tetamu khususnya YB Tan Sri Dato’ Sri TPr Panglima Hj Annuar Musa yang menjadi Kementerian peneraju Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia peringkat negeri Kelantan termasuk Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara, Anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri, Pimpinan Tertinggi Pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri yang sudi hadir ke Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kelantan.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0jmN7GvPV2notVZtadnVnVcPbao83dQ6ycNUyJ6WQPFJyF6AL3JHNhUmo883FLdknl&id=100044215370525
KOTA BHARU - 4 Muharram 1444H / 2 Ogos 2022 - YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah mengisytiharkan bahawa KDYMM Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim telah mengadakan Pangkat Kemuliaan DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KELANTAN yang dinamakan dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Sultanah of Kelantan” dan YANG TERAMAT MULIA CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN yang dinamakan dalam bahasa Inggeris sebagai “Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan”.
KDYMM Sultan Muhammad V juga telah mengampuni perkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH KELANTAN dengan gelaran:-
DULI YANG MAHA MULIA SULTANAH NUR DIANA PETRA ABDULLAH
Sultanah Kelantan
Baginda juga telah mengampuni perkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan YANG TERAMAT MULIA CHE PUAN MAHKOTA KELANTAN kehadapan YBhg. Che Puan Sofie Louise Johansson Petra dengan gelaran:-
YANG TERAMAT MULIA CHE PUAN SOFIE LOUISE JOHANSSON PETRA
Che Puan Mahkota Kelantan.
Alhamdulillah, pada hari ini saya telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Kuala Krai sempena Majlis "Jjupo Mato" Menteri Besar Peringkat Jajahan Kuala Krai.
Pada sebelah pagi saya telah hadir ke Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan diberi taklimat mengenai perancangan pembangunan Jajahan Kuala Krai. Jajahan Kuala Krai mempunyai potensi besar khususnya dalam eko pelancongan dengan tarikan pelbagai keunikan alam semulajadi. Turut sama YB Dato' Timbalan Menteri Besar, YB Dato' Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pimpinan setempat.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02ML25nbBfs4ex2JibycBk87oF49BfB1wbi7XeyfmjTE5UHdnyLhBkpLFboei4pYbNl&id=10004421537052
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, |
|
Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), |
|
09 748 1957 | |
09 747 7105 | |
portal[at]kelantan.gov.my |