<
Alhamdulillah, saya menyampaikan Diploma Eksekutif Tasawwur Islam kepada 30 pegawai Kerajaan Negeri yang berjaya menamatkan sesi pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Program Sijil Tasawwur Islam telah bermula pada tahun 2013. Sehingga kini, sebanyak 4 siri telah diadakan yang melibatkan seramai 127 orang pegawai dari kumpulan pengurusan & profesional. Program Diploma Eksekutif Tasawwur Islam 2018/2019 bermula 30 Julai 2018 yang melibatkan seramai 30 orang pegawai terpilih daripada 127 orang pegawai.
Objektif program ini adalah melahirkan pegawai yang lebih berkeyakinan dan berkebolehan dalam bidang pengajian Islam serta dapat mempraktikkan ilmu-ilmu yang diajar dalam kehidupan seharian dan dalam bidang pentadbiran.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=550568423093665&id=100044215370525