analytic

Amanat Tahun Baharu 2022 sempena Majlis Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan 2022 di Kota Darul Naim.

 

 
 
 

Alhamdulillah, menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 sempena Majlis Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan 2022 di Kota Darul Naim.

Tahun 2021 berlalu begitu pantas dengan pelbagai peristiwa dan kini kita telah melangkah ke tahun 2022 dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri Kelantan.

Kita masih lagi berhadapan dengan cabaran penularan COVID-19 walaupun sudah memasuki fasa keempat Pelan Pemulihan Negara pada ketika ini. Walaupun begitu, peralihan fasa empat ini akan membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat bangkit dan pulih daripada kesan yang dihadapi.
Kita perlu memahami dan menyedari pandemik COVID-19 telah banyak mengubah sosioekonomi rakyat. Rakyat perlu dibantu dan disantuni supaya dapat keluar daripada belenggu kesan COVID-19 yang mengambil masa untuk pulih sepenuhnya lebih-lebih lagi rakyat juga terkesan dengan musibah banjir.

Semoga kedatangan tahun baharu 2022, pentadbiran Kerajaan Negeri akan lebih cemerlang dengan keazaman dan semangat baharu untuk Negeri Kelantan. Semoga Allah
 memandu kita semua dengan taufik dan hidayatNya.

#MerakyatMembangunBersamaIslam

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=462034645280377&id=100044215370525

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini2621
Semalam3034
Minggu ini12719
Bulan ini87553
Jumlah402978
28
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 25 November 2024, 03:00:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan