Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2021 telah diadakan pada 08 Disember 2021 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Kaya Setia, Dato’ Nazran bin Muhammad, Setiausaha Kerajaan Kelantan. Dalam majlis tersebut telah disempurnakan pembahagian hadiah kepada jabatan/ agensi yang telah menyertai Pertandingan KIK Horizon Baharu dan juga Anugerah Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2021. Seramai 27 Kumpulan telah menyertai pertandingan inovasi tahun 2021 yang meliputi Kategori Inovasi Kewangan, Kategori Inovasi Teknologi Maklumat (ICT), Kategori Inovasi Pentadbiran Tanah dan Jajahan dan Kategori Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan.