Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan (KIK Horizon Baharu) Tahun 2021 telah diadakan pada 20 hingga 21 September 2021 bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Majlis ini telah diadili oleh 3 orang panel juri terdiri daripada YBrs. Dr Saifudeen Kumar bin Abdullah, Timbalan Pengarah, Bahagian Penyelidikan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Ybrs. Puan Nurasyimah bt Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan Pengurusan, MAMPU dan YBrs. Puan Wan Suraya bt Sahabaludin, Penolong Pegawai Tadbir, Majlis Bandaraya Shah Alam. Program ini telah diadili secara atas talian dan telah disertai oleh 18 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai jabatan.