analytic

Bengkel Berkaitan Pemakaian Dan Implikasi Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750]

 

7 JAMADIL AWAL 1443H BERSAMAAN 12 DISEMBER 2021

BENGKEL BERKAITAN PEMAKAIAN DAN IMPLIKASI AKTA LAUT WILAYAH  2012 [AKTA 750]

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan satu bengkel iaitu Bengkel berkaitan Pemakaian dan Implikasi Akta Laut Wilayah 2012 bertempat di Dewan Putri Sa’adong, Hotel Grand Riverview dihadiri oleh seramai 56 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai Tadbir Negeri, Pengamal Undang-Undang, Badan-badan Profesional, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan individu persendirian.

Hasrat Dato Kaya Setia mengadakan bengkel tersebut adalah untuk menetapkan hala tuju serta tindakan yang patut diambil oleh Kerajaan Negeri Kelantan terhadap pemakaian Akta tersebut di negeri Kelantan supaya hak-hak dan kepentingan Negeri Kelantan khususnya seumber-sumber hasil negeri terpelihara dan terletak hak kepada kerajaan negeri.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Haji Nazran bin Muhammad, Dato’ Kaya Setia dan kemudiannya diteruskan dengan pembentangan oleh panel jemputan iaitu YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dan YBhg. Profesor Madya Dr. Haniff Ahamat, Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaaan Malaysia berkenaan dengan Pemakaian dan Implikasi Akta Laut Wilayah 2012 terhadap Kerajaan Negeri

 

Bahagian Perundangan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Blok 1, Aras 2,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

https://egaleri.kelantan.gov.my/index.php?/category/2164

 

 

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini1750
Semalam3034
Minggu ini11848
Bulan ini86682
Jumlah402107
26
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 25 November 2024, 03:00:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan