KOTA DARULNAIM, 14 Ramadhan 1439h bersamaan 30 Mei 2018 telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2018. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan serta menyampaikan APC kepada seramai 100 orang penerima anugerah di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim. Turut hadir Dato' Speaker Dewan Negeri, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan.