analytic

Previous Next

7 Resolusi Dicapai Dalam Retreate MPPOK Bersama Kerajaan Kelantan

Kuala Krai - 12 Dis - Tujuh Resolusi diputuskan dalam program Retreat Muhibbah Pemantapan Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Negeri Kelantan (MPPOK) bersama Pusat Kajian Strategik, Negeri Kelantan.

Program yang berjalan selama dua hari bermula 11-12 Disember 2020 yang diadaka di Dabong, Kuala Krai.

Peserta di kalangan 14 orang Penyelaras Pembangunan OKU Parlimen, penggerak OKU di seluruh Kelantan serta kakitangan PKS.

Antara panel yang turut hadir bagi membentangkan kertas kerja Dato Dr Johari B Mat (Pengarah IPTG), Ust Mohd Zaki B Mat Zin (Pengetua Maahad Muhammadi Gua Musang), Ustaz Zulqarnain Hassan (Pengarah YTK), Ustaz Suhaimi B Idris (Penyelia DUN Galas) dan Ustaz Fazli B Mohd Zain (Penyelia Gua Musang).

 

7 Resolusi yang diputuskan:


1. Program seumpama ini perlu diadakan secara berterusan di kalangan pimpinan OKU untuk memantapkan pengetahuan berkaitan politik Islam.

2. Kami beriltizam akan meneruskan semangat kami bersama pimpinan untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan kekal sebagai Kerajaan Islam Berkebajikan.

3. Kami bertekad untuk mencapai visi kami ke arah OKU Muqarabun iaitu orang yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.

4. Kami berbangga dengan pihak pimpinan yang meraikan OKU dengan sebaik-baiknya.

5. Kami bertekad untuk mengutamakan pelancongan domestik sebagai pilihan utama OKU.

6. OKU dan masyarakat perlu diperkasakan supaya OKU menjadi sebahagian dari masyarakat yang proaktif.

7. Kefahaman dasar kerajaan Membangun Bersama Islam telah diserapi oleh pimpinan OKU dan akan terus dihadamkan.

 

Bahagian Majlis Mesyuarat Kerajaan,

Pej. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

eGaleri MMK : 7 Resolusi Dicapai Dalam Retreate MPPOK Bersama Kerajaan Kelantan

 

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini1949
Semalam3034
Minggu ini12047
Bulan ini86881
Jumlah402306
23
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 25 November 2024, 03:00:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan