14 September 2020/26 Muharram 1442- Pemindahan Masjid Kampung Laut ke lokasi asalnya adalah sebahagian daripada Projek Pembangunan Semula Kampung Laut yang mana melalui projek ini, Kampung Laut di Tumpat akan dibangunkan menjadi sebuah Kampung Pelancongan Warisan yang berperanan sebagai sebuah muzium hidup bagi memaparkan kekayaan tradisi dan warisan penduduknya.
ECERDC akan membangunkan dua kompleks komersial bersebelahan dengan Masjid Kampung Laut, iaitu Laman Warisan dan Laman Seni untuk menarik dan memenuhi keperluan para pelancong di kawasan tersebut. Kompleks ini akan membolehkan PKS tempatan untuk menjual makanan tradisional, kraf tangan dan cenderamata tempatan kepada pengunjung.