06 September 2020/18 Muharram 1442 – YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob Menteri Besar Kelantan Menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perpaduan Negara YB Dato’ Halimah Mohamed Sadique.
Agenda bersama kearah memperkukuh perpaduan rakyat melalui kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan dibincang secara bersama. Turut sama YB Dato’ Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri dan YBhg Dato’ Ketua Setiausaha Kementerian.