17 Zulkaedah 1441H/ 09 Julai 2020: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bil 1/2020 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri di Putrajaya.
Mesyuarat kali ini telah mengemukakan pelbagai isu sekitar pembangunan sosio ekonomi dan pertumbuhan termasuk dalam bidang pembuatan, pelancongan dan pertanian. Turut dibincangkan kesan pandemik Covid-19 terutama kepada usaha IKS.
Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri merupakan kunci utama kejayaan pelaksanaan semua program yang dirangka.