08 Zulkaedah/ 30 Jun 2020: YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar turun meninjau operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di jeti Kemasin,Bachok.
Beliau diberi taklimat oleh YDH Ketua Polis Kelantan berkenaan status semasa operasi mencari dan menyelamat bersepadu oleh agensi keselamatan.
Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa yang kehilangan waris. Kerajaan Negeri akan menyampaikan bantuan melalui tabung Serambi Mekah kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Turut hadir Exco Kerajaan Negeri,YB Dato’ Mumtaz Md Nawi, Ahli Parlimen Pasir Mas, ADUN Tawang, ADUN Pantai Irama serta pimpinan masyarakat setempat.