KOTA BHARU, 08 JAMADIL AWAL 1441 / 04 JANUARI 2020 - YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika hadir menyempurnakan acara penyampaian hadiah Pertandingan Laman Rumah Bersih dan Ceria di Hotel Perdana Kota Bharu.
Pertandingan tersebut dilancarkan oleh YAB Menteri Besar pada bulan Ogos lepas yang merupakan salah satu program bagi menyemarakkan agenda KelantanKu Bersih.
Sebanyak 5000 buah rumah dibawah MPKK seluruh Kelantan menyertai pertandingan tersebut dan 30 buah rumah dipilih untuk ke peringkat akhir.
Pemenang tempat pertama dari Pengkalan Chepa, kedua dari Pasir Mas dan Ketiga dari Pasir Putih masing - masing menerima hadiah sebanyak RM 4,000 , RM 3,000 dan RM 2,000 beserta sijil.
YAB Ustaz Dato’ berharap dengan usaha sedemikian bakal memberi impak yang positif dari sudut pelaksanaan, penguatkuasaan, dan perubahan sikap dengan kerjasama bersepadu semua pihak termasuk PBT, NGO dan Masyarakat setempat dalam menjayakan agenda Kelantanku Bersih. Turut hadir berucap YB Dr. Izani Husin, Pengerusi JKuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan.