KOTA BHARU, 05 Disember 2019-YAB Ustaz Dato Bentara Kanan hadir merasmikan Wacana Khas Palestin: Jihad Dalam Arus Perubahan Iklim Politik yang dianjurkan oleh Pertubuhan Cakna Palestin di Dewan Teratai, Kota DarulNaim. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa umat Islam perlu menyedari bahawa isu Palestin ini adalah isu seluruh umat Islam dan bukan isu masyarakat Arab semata-mata. Dunia Arab melihat isu Palestin adalah isu yang hanya melibatkan Palestin dan Israel sahaja sedangkan realitinya ia melambangkan isu akidah umat Islam dan kemanusiaan sejagat”