22 Januari 2019, PUTIK - YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah berucap merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Kali Ke-9 bagi tahun 2018 Yayasan Islam Kelantan di Dewan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) pagi ini. Turut hadir bersama dalam dif-dif jemputan ialah tetamu khas dari Pegawai Atasan Agama di Kedutaan Arab Saudi, Kuala Lumpur iaitu Syeikh Abdul Rahman Muhammad Al-Harfi dan Timbalannya Syeikh Abdul Rahman bin Ibrahim Ar-Robi'an.
Proses melahirkan penghafaz al-Quran berlangsung semenjak penubuhan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong pada tahun 1992. Seterusnya Maahad Tahfiz Sains diwujudkan pada tahun 2004. Jumlah keseluruhan graduan tahfiz sejak dari tahun 1992 hingga tahun 2017 ialah seramai 3,539 orang.