Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat bersama-sama meraikan kejayaan belia yang telah menunjukkan potensi diri yang cemerlang seterusnya sebagai model suntikan semangat kepada belia yang lain untuk menyumbang kepada masyarakat.
Belia perlu mempersiapkan diri supaya ditanam dalam dirinya pegangan agama yang teguh, dibajai dengan ilmu pengetahuan sertai dihiasi dengan jati diri dan nilai akhlak yang luhur berpandukan Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Kepimpinan kerajaan negeri meletakkan harapan yang sangat besar kepada belia negeri Kelantan. Negeri Kelantan mempunyai sejumlah 589 ribu orang belia yang berumur 15-30 tahun dan lebih 796 ribu belia yang berumur 15-40.
Tahniah kepada semua penerima anugerah. Terima kasih kepada semua belia dan 431 persatuan – persatuan belia yang sentiasa aktif dan menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Negeri dalam merealisasikan agenda – agenda pembangunan belia. Turut hadir YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, Exco Kerajaan Negeri, YB Tuan Zuraidin Abdullah, YBhg Dato' Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan YABrs Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KeberkatanKemakmuranKebajikan
#PakatJagaSOP
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=427173272099848&id=100044215370525