02 September 2020/14 Muharram 1442- YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang di ketuai oleh Naib Canselor YBhg Prof. Dato’ Ts Dr. Noor Azizi b. Ismail.
Pertemuan tersebut antara lain membincangkan kerjasama strategik Lembah Barakah Kelantan-UMK. Satu inisiatif strategik hub keberkatan sosioekonomi negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri dan kepakaran UMK untuk merealisasikan Pelan Strategik Kelantan Melangkah Kehadapan 2016-2025.
Antara objektif lain adalah untuk memakmurkan Kelantan melalui cadangan hub dan aktiviti ekonomi berdasarkan research-based approach.