analytic

Previous Next

Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Timur Tengah (SPEKTRUM ‘19)

Kaherah, 18 Muharram/ 18 September 2019:

YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar ketika menghadiri majlis perasmian penutup Seminar Peradaban Kerajaan Negeri Kelantan Timur Tengah (SPEKTRUM’19) yang dianjurkan oleh Keluarga Pelajar- Pelajar Kelantan Mesir dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Kelantan Mesir di Dewan Syeikh Zayed Hayyu Sadis, Pusat Bahasa Arab, Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.

Dalam ucapan perasmian penutup YAB Ustaz Dato’ menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar Kelantan antara lain memberikan penekanan berikut:-

1. Kepentingan menuntut ilmu bagi generasi muda tidak kira dimana sahaja ilmu diperoleh.

2. Kerajaan Negeri komited dengan pelaksanaan Dasar Merakyat Membangun Bersama Islam dengan merangka pelan pembangunan yang holistik kearah bukan sahaja menjadikan Kelantan Bumi tadahan Wahyu malah sebagai Bumi Tadahan Rahmat dengan pelaksanaan Dasar Islam dalam semua aspek Pembangunan.

3. Penting Kelantan untuk terus melahirkan Modal Insan yang seimbang yang memiliki penguasaan ilmu yang menyeluruh yang mana bakal menjadi pewaris kepada kepimpinan Kerajaan Negeri di masa hadapan.

Majlis yang diadakan selama tiga hari tersebut diisi dengan pelbagai pengisian termasuk pembentangan kertas kerja oleh YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Bin Dato’ Hasan, Pengerusi JK Pembangunan Insan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Maklumat,dan YB Dato’ Hj Che Abdullah Mat Nawi, Ahli Parlimen Tumpat serta Forum Merakyat Membangun Bersama Islam oleh YB. Dato’ Panglima Perang Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud, Pengerusi JK Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri bersama YB.Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas.

Turut ditampilkan Bicara Peranan dan Wanita yang menampilkan penampilan istimewa YABhg. Datin Bentara Kanan Menteri Besar bersama YB. Hjh Zailah Yusof, Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Penganjuran seminar tersebut bukan sahaja merapatkan ukhwah antara Kerajaan negeri dan Pelajar-pelajar Kelantan di Mesir malah memberi ruang untuk kepimpinan Kerajaan Negeri melihat perkembangan pembelajaran seterusnya dapat menjaga kebajikan anak-anak pelajar yang hampir 2000 orang disini.

Hubungi Kami

Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kelantan, 

Aras 4, Mabna MBI (Blok 8), 
Kompleks Kota Darulnaim, 1
5503 Kota Bharu KELANTAN

Telephone: 09 748 1957
Fax: 09 747 7105
mel portal[at]kelantan.gov.my  
Hari ini689
Semalam3004
Minggu ini21279
Bulan ini689
Jumlah411538
7
Online

PENSIJILAN

IBS EKSA
ISMS Star  

 

       

  • Tarikh Kemaskini: Monday, 25 November 2024, 03:00:21.
Hakcipta © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan